1a2a3a4a5a6a7a8a9a

Latar Belakang

Pendahuluan

1. Dalam Amanat Tahun Baharu 2012 oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi pada 26 Januari 2012 yang lalu, satu inisiatif baharu telah diwujudkan bagi menghasilkan inovasi berimpak besar untuk pembangunan, kemajuan dan transformasi Negara. Inisiatif berkenaan iaitu “Memperkenalkan matching grant RU-Research Acculturation Collaborative Effort(RACE)” sebanyak RM5 juta, adalah bertujuan bagi meligatkan agenda sebagai Hab Inovasi.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) IPTA Malaysia Ke-24 yang telah diadakan pada 25 Mac 2012 telah bersetuju menimbangkan dan meluluskan cadangan inisiatif RACE ini. Satu kumpulan bertindak telah dilantik bagi merancang dan mengemukakan cadangan pelaksanaan inisiatif yang diperkenalkan ini yang terdiri daripada YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Saleh Jaafar (TNC (P&I) UPM), YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd. Jailani Mohd. Nor (TNC (P&I) UTeM) dan YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj. Abdul Rahman Omar (TNC (P&I) UiTM).

3. Hasil perbincangan kumpulan bertindak ini, satu kertas cadangan telah berjaya disediakan yang mana memberi fokus untuk meningkatkan budaya penyelidikan dalam kalangan Universiti bukan berstatus RU (Bukan-RU).

4. Seterusnya Kertas cadangan tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Dasar dan Inisiatif Strategik, KPT yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPT, pada 2 Mei 2012. Susulan daripada itu, satu pembentangan juga telah diadakan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) IPTA yang diadakan pada 21 Mei 2012.

Inisiatif RACE

2. Untuk mentransformasi Bukan-RU ke arah budaya penyelidikan menerusi usaha kerjasama RU bagi membantu mempercepatkan penghasilan juara penyelidikan (research champion).

Justifikasi Program RACE

1. Membantu dan melengkapi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)meningkatkan budaya penyelidikan dalam kalangan Bukan-RU.
2. Mewujudkan rangkaian kerjasama antara semua IPTA melalui program/projek penyelidikan usahasama dan perkongsian fasiliti penyelidikan.
3. Mengguna sama peruntukan geran penyelidikan bagi penghasilan output yang bersifat multidisiplin.
4. Menjadi pelantar kepada Bukan-RU untuk mempercepatkan peningkatan hasil penyelidikan.
5. Sebagai pelengkap ekosistem penyelidikan pengajian tinggi Negara

Objektif Program RACE

Objektif RACE adalah untuk melahirkan ‘champions’ bukan memperbanyakkan critical mass. Sehubungan itu, Ketua Penyelidik daripada IPTA bukan-RU perlu mengenalpasti ‘champions’ yang akan turut bersama-sama dengan RU ‘champions’ untuk menulis proposal dalam nic yang dipohon. Penilaian akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa RACE danpembiayaan yang diluluskan akan diberikan kepada proposal yang berjaya melalui KPT.
Implikasi Kewangan

Anggaran keseluruhan kos adalah RM10 juta merangkumi kos pentadbiran dan pengurusan Sekretariat (RM300 ribu), pelaksanaan program bersepadu untuk meningkatkan kepakaran staf (RM1.0juta), dan program pembudayaan/penyelidikan (RM8.7 juta). Pecahan peruntukan adalah RM5.0 juta daripada peruntukan KPT dan RM5.0 juta dari kalangan 5 RU.

Kaedah Pelaksanaan

1. Inisiatif RACE ini melibatkan usaha kerjasama secara kolektif Universiti berstatus RU dalam membantu Bukan-RU meningkatkan budaya penyelidikan dan seterusnya dapat meningkatkan output hasil penyelidikan merangkumi penerbitan, penemuan inovasi/IP, geran penyelidikan, bilangan PI dan sebagainya. Usaha ini dapat mempercepatkan Bukan-RU untuk mencapai tahap setanding dengan RU yang lain.

2. Pelaksanaan inisiatif RACE ini melibatkan usaha menggerakkan penyelidikan yang mana universiti perlu mempunyai sekurang-kurangnya 30% penyelidik yang boleh menjadi “champions” bagi memacu agenda penyelidikan di universiti masing-masing. Bagi memastikan sasaran 30% dapat dicapai, program mentor-mentee antara RU dan Bukan-RU perlu diwujudkan dengan cara mewujudkan geran padanan (matching grant) antara RU dengan KPT.

3. Fasa Pertama pelaksanaan program ini adalah mengenal pasti top 10 proposals daripada permohonan ScienceFunds, FRGS, ERGS dan lain-lain yang telah gagal dipilih pada peringkat kebangsaan untuk dikemukakan kepada Sekretariat RACE untuk dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian yang dianggotai oleh semua TNC (P&I) RU dan RMC RU.

4. Kriteria penentuan penghantaran proposal daripada IPTA akan ditentukan sendiri secara pentadbiran dalaman oleh IPTA melalui RMC masing-masing.

5. Perjanjian Kerahsiaan (Non-Disclosure Agreement) perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan proposal daripada bukan-RU.

6. Mengambil kira Bukan-RU dalam usaha menjuarai penyelidikan, Rajah 1 menunjukkan kedudukan RACE dalam strategi KPT mencipta Penyelidikan Termasyhur dalam dunia akademia melalui satu ekosistem penyelidikan pengajian tinggi Negara.

7. Agenda RACE perlu diteruskan dalam jangka masa panjang dan mempunyai kesinambungan seperti mendapat sumber kewangan yang berterusan daripada Kementerian/sumber lain untuk menyokong agenda ini. Cadangan fasa kedua ialah untuk menyusun strategi untuk mendapatkan dana antarabangsa