1a2a3a4a5a6a7a8a9a

Organisasi

 

Struktur Governan RACE

1. Pelaksanaan program RACE adalah melalui struktur governan RACE yang terdiri daripada Majlis RACE, Pengurusan RACE, sekretariat dan Jawatankuasa-jawatankuasa bidang tujahan (niche).Struktur governan RACE adalah seperti Rajah 1.
 
Rajah 1 : Struktur Governan RACE
 
2. Pengurusan governan RACE adalah seperti yang berikut:
•  Keanggotaan MajlisRACE terdiri daripada Pengerusi JK TNC (P&I) selaku Pengerusi Majlis RACE; dan dianggotai oleh Pengerusi Pengurusan RACE sertatiga (3) wakil TNC (P&I) yang dicadangkan oleh JK TNC (P&I). Pelantikan keanggotaan Majlis RACE adalah oleh KPT;
•  Pengerusi Pengurusan RACE dilantik dalam kalangan TNC (P&I) IPTA. Pengerusi Pengurusan RACE yang pertama adalah TNC (P&I) dari UPM;
•  Sekretariat RACE adalah dari Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) IPTA yang sama dengan Pengerusi RACE. Staf kontrak dilantik di bawah sekretariat dengan penggajian dari RACE;
•  Pengerusi bagi setiap JK Niche menjadi ahli pengurusan RACE;
•  Serahan laporan MajlisRACE kepada JK Naib Canselor dan KPT(BPKI, JPT) setiap enam (6) bulan;
•  Mesyuarat Pengurusan RACE setiap tiga (3) bulan iaitu selaras dengan tempoh mesyuarat JK TNC (P&I);
•  TNC (P&I) memantau dan menilai setiap program/projek untuk memastikan matlamat program tercapai.

 

3. Bagi merealisasikan program RACE ini, sokongan sumbangan sebanyak RM1.0 juta dari setiap RU diperlukan. Manakala peruntukan kewangan program RACE sebanyak RM5.0 juta akan disalurkan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia kepada Sekretariat RACE.
 

Polisi Program RACE

1. Polisi asas bagi program RACE adalah seperti berikut:

•  Tumpuan kepada program peningkatan pembudayaan penyelidikan;

•  Setiap program pembudayaan/penyelidikan diwakili sekurang-kurangnya seorang wakil RU dan seorang wakil Bukan-RU; dan
•  Polisi-polisi yang lain akan ditentukan dan diluluskan oleh Lembaga RACE.
 
2. Dana yang diperlukan bagi menjayakan program/projek RACE ini adalah sebanyak RM 10.0 juta bagi Fasa Pertama. Pengurusan dana RACE adalah seperti berikut:
•  Wang dana RM5.0 juta daripada KPT akan dikendalikan secara konsortium melalui Sekretariat RACE;
•  Wang dana geran padanan (matching grant) berjumlah RM 5.0 juta dari RU dikendalikan oleh RU masing-masing dan dilaporkan kepada Sekretariat RACE. Setiap RU menyumbang RM 1.0 juta;
•  Penilaian dan kelulusan sesuatu program penyelidikan akan mengikut prosedur yang akan dibentuk melalui polisi dan terma rujukan RACE;
•  Sebahagian program latihan akan dilaksanakan dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT); dan
•  Jemputan “Request for Proposal” (RFP) adalah pada bulan Ogos 2012. Peruntukanprogram/projek terpilih akan dibuat mulai September 2012 / sehingga peruntukan telah diterima.