1a2a3a4a5a6a7a8a9a

FAQ

 

Soalan Lazim RACE

 
RACE ialah singkatan kepada Research Acculturation Collaborative Effort yang merupakan inisiatif baharu ditubuhkan bagi menggembleng usaha kerjasama secara kolektif antara Universiti berstatus RU dengan membantu Universiti bukan-RU. Tujuannya untuk meningkatkan budaya penyelidikan dan seterusnya dapat meningkatkan output hasil penyelidikan yang merangkumi penerbitan, penemuan inovasi / IP, geran penyelidikan, bilangan PI dan sebagainya.
Inisiatif RACE ini dapat mempercepatkan Universiti Rakan-RU untuk mencapai tahap yang setanding dengan Universiti berstatus RU dengan cara:
i.Membantu dan melengkapi usaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) meningkatkan budaya penyelidikan dalam kalangan Rakan-RU.
  1. ii.Mewujudkan rangkaian kerjasama antara semua IPTA melalui program / projek penyelidikan usahasama dan perkongsian fasiliti penyelidikan.
  2. iii. Mengguna sama peruntukan geran penyelidikan bagi penghasilan output yang bersifat multidisiplin.
  3. iv.Menjadi pelantar kepada Universiti Rakan-RU untuk mempercepatkan peningkatan hasil penyelidikan.
  4. v. Sebagai pelengkap ekosistem penyelidikan pengajian tinggi Negara.
Program RACE hanya untuk membiayai projek penyelidikan yang meliputi bidang-bidang asas untuk menyokong agenda strategik negara. Lapan bidang yang dikenalpasti ialah Sains Tulen (Pure Science), Sains Gunaan (Applied Science), Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering), Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences), Sains Sosial (Social Sciences), Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts), Sains Tabii dan Warisan Negara (Natural Sciences and National Heritage), dan Pertahanan dan Keselamatan (Defense and Security).
Buat masa ini, RACE tidak dibuka kepada IPTS. Program ini hanya dibuka kepada 15 Universiti Awam yang Rakan-RU iaitu UMP, UIAM, UUM, UNIMAS, UMS, UPSI, UiTM, USIM, UMT, UTHM, UTEM, UNIMAP, UNISZA, UMK, dan UPNM.
Boleh. Bahkan digalakkan supaya kepakaran yang anda miliki boleh lebih dimanafaatkan dan aktiviti penyelidikan ini terus berkembang subur dalam kalangan IPTA tempatan dan dibudayakan.
Persetujuan secara bertulis samada dalam bentuk surat atau emel yang mudah difahami oleh kedua-dua belah pihak adalah memadai. Penyelidik dan ahli-ahli kumpulan hendaklah menandatangani proposal penyelidikan yang dihasilkan secara bersama sebelum dihantar kepada pihak Sekretariat RACE.
Senarai kepakaran ini sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Justeru hubungi pihak sekretariat untuk penjelasan lanjut.
Ketua projek daripada Universiti Rakan-RU mestilah menerajui projek penyelidikan yang dicadangkan dengan bimbingan secara langsung daripada rakan kolaborator daripada Universiti berstatus RU.
Tidak. Geran Penyelidikan RACE hanya terbuka kepada penyelidik muda di kalangan pensyarah dan pensyarah kanan (DS 52 dan kebawah) untuk memohon dan mengetuai penyelidikan.
Pihak Universiti Rakan-RU bebas menerima bilangan proposal penyelidikan tanpa had. Bagaimanapun setiap Universiti Rakan RU hanya dihadkan kepada 20 cadangan penyelidikan yang terbaik sahaja, dengan mengambil kira status peruntukan dana RACE semasa.
Setiap Universiti Rakan-RU seharusnya membuat penilaian projek secara dalaman sebelum membuat keputusan memilih 20 projek yang terbaik dalam mana-mana bidang penyelidikan RACE. Seterusnya pihak Pengurusan RACE akan melantik pasukan panel khas untuk membuat penilaian akhir dan keputusan muktamad akan dimaklumkan kemudian.
Sila berhubung dengan pihak pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) atau Pusat Pengurusan Penyelidikan IPTA yang berkenaan untuk bantuan yang diperlukan.
Semua proposal penyelidikan RACE hendaklah dihantar sebelum atau pada 29 Ogos 2014 melalui RMC IPTA masing-masing. Sebarang penghantaran secara individual (penyelidik) tidak agak diakui oleh pihak pengurusan RACE.
Senarai kepakaran bagi setiap Universiti berstatus RU ditentukan dan disediakan sendiri oleh pihak pengurusan Penyelidikan Universiti berkenaan. Senarai ini bertujuan untuk memudahkan penyelidik Universiti Rakan-RU mendapatkan maklumat penyelidikan dan pakar yang ada di Univeristi berstatus RU. Senarai yang disediakan melibatkan maklumat umum seperti nama penyelidik, jawatan, fakulti/jabatan/universiti, bidang kepakaran, kata kunci dan alamat perhubungannya. Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Jumlah maksimum projek RACE ialah sehingga RM50,000 untuk setiap projek dan tidak tertakluk kepada tempoh penyiapan projek tersebut. Tempoh projek boleh jadi antara 24 bulan atau sehingga 36 bulan.
Penyelidik utama (PI) perlu sedaya upaya menghasilkan modal insan menerusi program RACE agar matlamat PSPTN dapat dicapai. Persefahaman antara rakan-rakan penyelidik daripada universiti yang lain amat perlu untuk mengimbangi sumbangan masing-masing samada dalam bentuk latihan kepada pelajar siswazah, penyediaan alatan penyelidikan atau perkongsian sumber penyelidikan secara efektif dan berkesan.
Pengerusi Pengurusan RACE dilantik dalam kalangan TNC (P&I) IPTA. Pengerusi Pengurusan RACE adalah TNC (P&I) dari UPM. Sehubungi itu, Sekretariat RACE adalah dari Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UPM.
Ya, boleh.
Ketua projek (penyelidik) hanya dibenarkan menjalankan projek apabila cuti rehat yang diluluskan tidak melebihi 6 bulan. jika sebaliknya, ketua projek perlu melantik mana-mana penyelidik daripada  IPTA yang sama sebagai pengganti (ketua projek yang baharu) atau penambahan ahli projek. Ketua projek yang diluluskan bercuti kurang daripada 6 bulan perlu mengemukakan perbelanjaan geran dan laporan kemajuan kepada RMC IPTA masing-masing.
Penyelidik yang bertanggunjawab menggantikan ketua penyelidik perlu mengemukakan:
i) co-curiculum vitae
ii) memaklumkan kepada pihak RMC IPTA masing-masing
iii) RMC perlu memaklumkan kepada pihak sekretariat RACE
Penilaian geran RACE akan dijalankan pada minggu kedua September 2014 dan keputusannya boleh diketahui selewat-lewatnya pada Disember 2014
Skim geran RACE masih dalam penilaian di pihak Kementerian. Sebarang keputusan akan dimaklumkan secara rasmi ke setiap Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti yang terlibat